Bank Soalan

Maklumat Carian
Paparan Per Laman :
 
No.Ruj:
Kata Kunci :
   

Kategori dipilih: Semua Kategori

Bil
Tarikh
Soalan
1
Soalan No. 00372
Ditanya pada:
2018-01-22 

BELI HADIAH MENGGUNAKAN YURAN PENYERTAAN

Assalammualaikum Wbt.

Jabatan kami akan menganjurkan seminar dan mengenakan yuran penyertaan
sebanyak RM100.00 kepada setiap peserta. Dalam seminar tersebut akan diadakan
satu sesi soal jawab untuk peserta-peserta dan peserta yang berjaya menjawab
soalan sahaja yang akan diberikan hadiah. Hadiah adalah dibeli dengan
menggunakan wang daripada yuran penyertaan tersebut.

Soalan saya, apakah hukumnya membeli hadiah menggunakan yuran penyertaan
yang dikenakan kepada peserta seminar? [Seterusnya] 
2
Soalan No. 00370
Ditanya pada:
2018-01-19 

MENIKAHI WANITA HAMIL ANAK ZINA

Apakah hukum seorang lelaki menikahi seorang wanita yang telah berzina dan hamil
anak zina?Adakah sah Pernikahan tersebut? [Seterusnya] 
3
Soalan No. 00369
Ditanya pada:
2018-01-18 

BOLEH TAK MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN ORANG BUKAN ISLAM

Boleh tak saya hadiri majlis perkahwinan sahabat (bukan islam) kerana ingin menjaga hubungan, perasaan dan
mengambil hati beliau.
Sedangkan majlis tersebut diadakan didalam sebuah dewan. Dalam dewan tersebut telah dipisahkan meja untuk tetamu
bukan islam
dan meja khas untuk tetamu/sahabat yang beragama Islam. Meja-meja ini dipisahkan kerana terdapat arak/makanan
tidak halal
dihidangkan pada meja tetamu bukan islam. Bagi meja-meja tetamu/sahabat yang beragama Islam pula dihidang
minuman/makanan
yang halal dari catering lain yang halal. Jadi adakah boleh saya hadiri dan makan di sana ? Sebab makanan/minuman
kami adalah dari
catering yang beragama Islam. [Seterusnya] 
4
Soalan No. 00368
Ditanya pada:
2018-01-18 

NIAT DI DALAM SOLAT.

Assalamualaikum w.b.t kepada Tuan Guru yang saya amat hormati.

Saya ingin bertanya mengenai niat didalam solat.

1. apakah yang dimaksudkan dengan niat atau lintasan hati didalam solat?dan
bagaimanakah caranya melakukan niat dengan cara yang betul bagi mendapatkan
kesempurnaan solat yang terbaik?..

2. Mengikut mazhab syafiee niat didalam solat mestilah disertakan bersama didalam
takbiratulirham. disini adakah dibolehkan sekiranya saya berniat dahulu sebelum
mengangkat takbir?adakah sah solat saya.

3. jika kita solat secara berjemaah. adakah kita perlu memasukkan \"makmum\" atau
\"imam\" di dalam niat. sedangkan kita sedar dan tahu bahawa kita sedang solat
berjemaah. sekiranya tidak di masukkan niat tersebut, adakah sah solat berjemaah
kita? adakah kita dapat fadhilat/pahala berjemaah?

4. bolehkah kita memperbaharui niat selepas mengangkat takbir?..maksudnya
semasa kita masukkan niat ke dalam hati. kita berasa was-was.niat tak betul atau
tidak jelas. bolehkan kita mengulang niat kita semula tanpa membatalkan solat?
adakah sah solat kita dari segi hukum?.

 [Seterusnya] 
5
Soalan No. 00367
Ditanya pada:
2018-01-17 

MAKMUK TAK SEMPAT BACA AL-FATIHAH

Saya mengangkat takbiratul ihram masa Imam dah baca surah pendek. Lalu saya tak
sempat baca Al-Fatihah dan imam rukuk. Saya pun turut ikut rukuk. Adakah itu dikira
rakaat? Apakah sah solat saya kerana saya tak sempat baca Al-Fatihah masa tu??? [Seterusnya] 
6
Soalan No. 00366
Ditanya pada:
2018-01-16 

STATUS KEDAI MAKANAN

MOHON PANDANGAN DARIPADA PIHAK JABATAN MUFTI
BERKAITAN TREND SEKARANG INI DIMANA BANYAK TUAN
EMPUNYA KEDAI (CINA) MELETAKKAN PEKERJA (ISLAM
DIHADAPAN (KAUNTER) DIMANA TUKANG MASAK
BERCAMPUR AGAMA. CONTOHNYA CHAR KOAY TEOW CINA
MEMASAK, BURGER DAN FAST FOOD ADA YANG ISLAM DAN
INDIAN. CONTOH TERDEKAT DI TINGKAT 3 KOMTAR (THE TOP
KOMTAR). TUAN BOLEH LIHAT SITUASI INI BERLAKU DIMANA
PERCAMPURAN TUKANG MASAK SEMUANYA BERLAKU.
MOHON UNTUK BAGAIMANA HENDAK MENYELESAIKAN
KEADAAN INI. [Seterusnya] 
7
Soalan No. 00365
Ditanya pada:
2017-12-29 

NASAB

assalamualaikum tuan mufti ,
saya ada soalan mengenai nasab...
misalnya saya seorang anak tak sah taraf yang dilahirkan oleh ibu saya dgn kadaran
5 bulan 5 hari..dan dibinkan oleh ayah biologi..

soalan saya :

1. hukum samada anak itu sah taraf atau tidak..
2. bolehkah dinasabkan kepada nama ayah biologi tersebut jika anak itu anak lelaki.
3. jika tidak boleh dibinkan kepada nama ayah biologi , adakah wajib dibinkan
kepada nama Allah atau abdullah..
4. hukum bercampur dgn adik beradik lain yang lahir selepas saya misalnya sebagai
anak sulung..dan adik2 ipar serta anak saudara..
5. hukum bercampur dgn mak dan pak saudara bagi kedua2 pihak emak dan ayah
biologi...
6. benarkah anak tidak sah taraf itu hina dan jalan hidup dia juga lebih ke arah
keburukkan dan kerosakkan pada dirinya sendiri serta orang lain..
7. benarkah anak tak sah taraf itu dugaan dia lebih besar daripada Allah misalnya
hidup dia sentiasa diselubungi masalah , selalu berduka dan tidak bahagia seperti
orang lain..
8. benarkah anak tidak sah taraf tidak boleh menjadi imam dan wali.

mohon pencerahan..sekian terima kasih..
jazakallah khairan [Seterusnya] 
8
Soalan No. 00362
Ditanya pada:
2017-12-28 

PERIHAL KEJADIAN MASA

Siapakah Makhluk pertama yang dicipta oleh Allah.  [Seterusnya] 
9
Soalan No. 00361
Ditanya pada:
2017-12-28 

PENCERAHAN MAKAN KFC DAN PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL

Asalamualaikum Ustaz saya ada 2 soalan yang
pertama berkaitan makan KfC dan macdonal ada
pendapat menyatakan haram tetapi saya lihat sekolah
agama pun ustaz beli masa buat jamuan dan pencerah
mengenai Pelaburan ASB ada yang menyatakan haram
dari pelaburan yang dibuat mengikut kerajaan negeri
sekian Terima Kasih
 [Seterusnya] 
10
Soalan No. 00360
Ditanya pada:
2017-12-19 

KOSMETIK HALAL

Assalamualaikum..adakah terdapat sebarang fatwa mengenai kosmetik di Malaysia? [Seterusnya] 

Kategori Soalan

Semua Kategori

Akhlak(14)
- Adab-adab Harian(4)
- Adab-adab Sosial(11)
- Ilmu tasawwuf(0)

Akidah(11)
- Akidah(11)

Falak Syarie(1)
- Arah Kiblat(0)
- Fenomena(0)
- Hilal(1)

Lain-lain(13)
- Lain-lain(16)

Syariah(117)
- Ibadat(71)
- Jinayah(1)
- Muamalat(30)
- Munakahat(11)

 

Hakcipta 2014 Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang - penang.gov.my
Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Mozilla Firefox :: Paparan resolusi skrin terbaik - 1024 x 768